Page 78 - BUKU PENGURUSAN 2022 2023
P. 78
Buku Pengurusan & Takwim SKSL 2022/2023
BIDANG TUGAS JAWATANKUASA KOKURIKULUM
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI LUI 2022/2023
1. Merancang aktiviti sekolah (Rancangan Jangka Panjang /Pendek).
2. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 4 kali setahun.
3. Menentukan peraturan kokurikulum sekolah.
4. Menentukan takwim dan jadual aktiviti.
5. Memastikan penglibatan MURID menyeluruh.
6. Memastikan sekolah mengambil bahagian dalam kegiatan kokurikulum peringkat
daerah/ negeri/kebangsaan.
7. Memastikan guru mematuhi takwim dan jadual Kokurikulum.
8. Menentukan tarikh Sukan Tahunan Sekolah, Merentas Desa, Hari Anugerah
Kokurikulum dan kegiatan lain.
9. Menilai aktiviti kokurikulum dan membuat laporan tahunan.
10. Memastikan konsep sukan untuk semua dan sukan untuk elit dilaksanakan di
sekolah.
11. Membuat anggaran perbelanjaan dan menentukan peruntukan kewangan
12. Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada guru dan murid yang telah
menunjukkan prestasi cemerlang dalam bidang masing- masing.
13. Memastikan semua tempat dan alat selamat digunakan oleh murid.
1. Menyelaras semua aktiviti kokurikulum.
2. Membantu GPK Kokurikulum dalam pengagihan tugas kepada guru-guru,
perancangan, pelaksanaan dan penilaian MURID.
3. Mengurus pemilihan peserta untuk ke pertandingan aktiviti persatuan/kelab/pasukan
badan beruniform dan sukan/permainan.
4. Menentukan langkah-langkah keselamatan dalam aktiviti kokurikulum dipatuhi.
5. Memastikan rekod dan data diselenggara dengan baik.
6. Memastikan borang-borang kokurikulum yang digunakan dikemaskinikan dan
mencukupi.
7. Mengenal pasti guru dan murid yang berpotensi dalam aktiviti kokurikulum dan
mengadakan latihan dengan mereka.
71

