Page 103 - MASTER BUKU PENGURUSAN 2022
P. 103

Manual Pengurusan Sekolah SKSL 2022/2023





                                            Matlamat & Objektif
                                             UNIT KOKURIKULUM










                                                     MATLAMAT

             Unit Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Sungai Lui memberikan pendidikan yang
             berkualiti dan berkesan untuk membangunkan potensi murid agar menjadi insan yang
             cemerlang dari segi mental, fizikal dan emosi serta rohani ke arah kecemerlangan dalam
             kokurikulum dan sukan serta sahsiah ke tahap tertinggi.




                                                      OBJEKTIF

             1. Membina dan mengukuhkan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam semua aktiviti
                kokurikulum dan sukan.

             2. Memantapkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam kalangan murid semasa
                melaksanakan pengurusan persatuan/kelab/unit beruniform dan semasa terlibat
                dalam aktiviti kokurikulum serta dalam pertandingan.

             3. Membina dan mengukuhkan kemahiran kepimpinan dalam kalangan murid agar
                menjadi pemimpin yang berwibawa dalam aktiviti kokurikulum.

             4. Melahirkan murid bersahsiah tinggi yang berakhlak, beretika dan patuh kepada ajaran
                agama dan bangsa.
             5. Memantapkan murid yang mempunyai jati diri dan kecintaan kepada negara.

             6. Memperkembangkan potensi dan bakat murid ke arah peningkatan pencapaian
                kokurikulum dan sukan ke peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa.

             7. Meningkatkan kualiti pengurusan kokurikulum dari segi pematuhan ketetapan,
                perubahan positif dan keselarasaan dalam pelaksanaan kokurikulum sekolah.

             8. Memantapkan pengurusan unit kokurikulum bagi memastikan penglibatan murid

                secara menyeluruh dan pengukuhan pembelajaran dalam bilik darjah dan luar bilik
                darjah.















            #SeLuiMenyengat “Memperkasakan Pendidikan Sekolah Berkualiti”                                 103
   98   99   100   101   102   103   104   105   106   107   108