Page 12 - MASTER BUKU PENGURUSAN 2022
P. 12

Manual Pengurusan Sekolah SKSL 2022/2023


                                                          Sejarah
                                                       SEKOLAH



















                      Pada   sekitar    tahun  1939,  seorang  penduduk  kampung  Sungai  Lui  bernama  Tuan  Haji
                Muslim bin Haji Khatib telah bermurah hati  membenarkan  bahagian bawah  rumahnya dijadikan
                sebagai sekolah. Lokasi rumah beliau terletak  berhampiran Masjid  Ar-Rahman  Sungai Lui. Guru-
                guru  yang terlibat untuk mengajar di sekolah itu t eridiri  daripada  Ustaz Haji Abdul Hamid  bin
                Abdullah, Encik  Arshad bin Haji Mohd Dom dan Encik Mohd Rais bin Haji Musa.
                      Berikutan  serangan  Jepun  ke  atas  Tanah Melayu,  sekolah ini telah  ditutup, manakala  guru
                yang terlibat iaitu Tuan Haji Abdul Hamid telah berpindah ke Ulu Kelang dan  Encik Arshad bin Haji
                Mohd Dom telah pulang ke Indonesia.
                      Selepas  pengunduran  Jepun  dari  Tanah  Melayu  dan  Kerajaan  British  kembali  memerintah,
                penduduk  kampong  Sungai  Lui  secara  gotong  royong  mula  membuat  binaan  bangunan  sekolah
                menggunakan bahan-bahan semula jadi. Tiang bangunan dibuat daripada kayu-kayu bulat, dinding-
                dindingnya daripada bilah-bilah buluh yang dianyam dan atapnya daripada daun rumbia.
                      Apabila binaan bangunan itu siap, sekolah ini mula dibuka pada 1 April 1947 dengan nama
                Sekolah  Melayu  Sungai  Lui. Tenaga  pengajarnya  hanya  terdiri  daripada  seorang  guru  besar  iaitu
                Cikgu  Md  Long  bin  Saab  dan  dua  orang  guru  lagi  iaitu  Cikgu  Maulud  bin  Abdullah  dan  Cikgu
                Karimin. Bilangan murid-muridnya adalah seramai 27 orang. Sebelum Sekolah Melayu Sungai Lui
                dibina   kanak-kanak  di Kampung  Sungai  Lui  bersekolah  di Sekolah  Melayu  Lubok  Kelubi,  yang
                terletak sejauh 6 kilometer mengikut laluan pintas.
                      Sekitar 15   tahun   kemudian,  dibawah  inisiatif  kerajaan  Malaysia  bangunan  sekolah  mula
                didirikan  dengan  bangunan  yang  lebih  sempurna  dan  kukuh.  Upacara  Perasmian  bangunan  yang
                baharu  telah  disempurnakan   oleh  Yang  Amat  Berhormat  Dato’ Harun  bin Idris ,  Menteri  Besar
                Selangor  pada  30  Mei  1964.  Berikutan    ini,  nama  sekolah  telah    dijenamakan    semula    sebagai
                Sekolah
                Kebangsaan Sungai Lui.
                      Seiring  berjalannya  waktu  ,  kemudahan  sekolah  sering  ditambah  baik  sehingga  tahun  1993
                terdapat 4 blok bangunan sekolah yang dilengkapi dengan kemudahan pendidikan. Jumlah murid-
                murid juga terus meningkat sekitar 450 orang hingga kini. Keunikan Sekolah Kebangsaan Sungai Lui
                salah  satunya  adalah  kerana  memilik  sebuah  padang  yang  sangat  luas  dan  cantk  menghijau
                menjadi daya  penarik  kepada  setiap  pengunjung yang menjejaki kaki ke sekolah ini.
                      Pada  tahun  1995  atas  inisiatif  Cikgu  Abdul  Rahim  bin  Hassan  ,  Guru  Besar  SK  Sungai  Lui
                ketika itu, telah  menukar  reka  bentuk  lencana  sekolah. Terdapat  beberapa  sebab  perubahan ini
                dilakukannya antara sebab utamanya ialah kerana reka bentuk lencana sekolah ketika itu sangat
                mirip dengan reka bentuk lencana SK Sungai Tekali yang mereka guna pakai sehingga hari ini.
                      Terkini, pada tahun 2004, sebuah bangunan tambahan iaitu binaan sebuah blok bangunan  4
                tingkat telah didirikan dengan dilengkapi 6 buah bilik darjah, ruang pejabat, sebuah makmal sains
                dan sebuah pusat sumber.












                                                Gambar 2: lencana sekolah yang   Gambar 3: lencana sekolah baharu
                                                lama yang digunakan pada tahun
                   Gambar 1: Plak Perasmian     1964 – 1995                   yang digunapakai bermula tahun 1995
                     Bangunan Sekolah
            #SeLuiMenyengat “Memperkasakan Pendidikan Sekolah Berkualiti”                                  12
   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17