Page 6 - MASTER BUKU PENGURUSAN 2022
P. 6

Sekapur Sirih, Seulas Pinang










                   Syukur  ke  hadrat  Ilahi  kerana  dengan  izinNya  buku  Manual    Pengurusan  Sekolah
             2022/2023 berjaya dihasilkan dengan sempurna. Saya amat berharap Buku Manual Pengurusan
             Sekolah 2022/2023 ini dapat dimanfaatkan sebaiknya  oleh seluruh warga kerja SK Sungai Lui
             (SeLui ) dalam merangka  kerja  buat kita. Disamping  itu, ianya  juga  diharapkan dapat   menjadi

              satu bahan  rujukan utama  dalam  menghasilkan  kualiti  kerja  yang  memenuhi  standard   yang
             terkandung di dalam SKPMG2.


                   Setiap pengurusan ,  tidak mungkin  tercapai  wawasannya  tanpa  pemikiran ,  perancangan,
             perlaksanaan, pengawasan dan penilaian yang berkesan. Oleh itu saya dengan rendah hati ingin
             menyeru  semua  warga  kerja  SeLui  agar  dapat  menyatupadukan  unsur-unsur   di atas,  supaya
             segala perancangan dan matlamat yang ingin kita capai menjadi kenyataan dengan cemerlang.


                   Keberkesanan  perlaksanaan  tugas  warga  kerja  Selui  amat  penting  dalam  usaha  untuk
             Melahirkan  modal  Insan  kelas  pertama.  Malah ianya juga selari dengan  Falsafah Pendidikan
             Kebangsaan serta hasrat yang terkandung di dalam kerangka  TS25 ke arah kemenjadian murid.


                   Akhir kata saya berharap agar warga kerja SeLui dapat menghayati visi dan misi  sekolah
             dalam merealisasikan kecemerlangan SK Sungai Lui dalam semua bidang, sama ada Akademik,
             Sahsiah dan Kokurikulum. Optimumkan kesungguhan dan berkhidmatlah dengan penuh keikhlasan
             demi mencapai kecemerlangan sekolah seperti yang dihasratkan.


             Selamat Menjalankan Amanah




             Daripada
             MUHAMMAD ISMADI BIN HAJI DAMSUKI
             Guru Besar
             Sekolah Kebangsaan Sungai Lui
             43100 Hulu Langat
             Selangor.













                                                                                                            6
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11