Page 86 - MASTER BUKU PENGURUSAN 2022
P. 86

Manual Pengurusan Sekolah SKSL 2022/2023


                Bidang Tugas Guru Badan Pengawas

                1.  Melatih  dan  membimbing    pengawas  sekolah    menjalankan  tugas    dengan    baik  dan
                   berkesan.
                 2. Mengadakan  sesi  perjumpaan  dengan  pengawas  sekolah  seminggu  sekali  untuk
                   mendapatkan
                     laporan mingguan masalah disiplin.
                3.  Membuat agihan tugas dan jadual bertugas bagi pengawas sekolah menjalankan tugas.
                4.  Menguruskan Kem Kepimpinan Pengawas Sekolah pada awal tahun
                5.  Memantau pelaksanaan tugas setiap pengawas dan memastikan setiap tugas yang
                     dilaksanakan sebaik mungkin.
                6.  Membuat laporan mingguan yang dan melaporkan kepada Unit Pelaporan / SSDM.
                7.  Mengadakan program-program yang boleh meningkatkan kualiti kepimpinan pengawas
                     seperti program motivasi, lawatan, seminar dan sebagainya.
                8.  Menguruskan hal ehwal keperluan dan kebajikan pengawas sekolah.
                9.  Memantau pelaksanaan disiplin dan penguatkuasaan peraturan sekolah oleh guru-guru,
                     pengawas sekolah dan semua murid.
                10. Menyediakan laporan tahunan.


                PELAPORAN SSDM

                Perekodan Kes Salah Laku

             1. Guru melaporkan kes salah laku ke dalam sistem
             2. Ketua Guru Disiplin / GPK HEM menjalankan siasatan, dan  jika sah, akan mencadangkan
                 hukuman
             3. Pengetua boleh sama ada menukar hukuman, dan mengesahkan hukuman
             4. Ketua Guru Disiplin / GPK HEM mengambil tindakan terhadap hukuman yang disahkan oleh
                 Pengetua
             5. Pembantu Pejabat menguruskan fail dan pengeposan surat
             6. Guru Bimbingan dan Kaunseling akan menjalankan sesi bimbingan dan kaunseling terhadap
                 murid-murid tersebut.

                      1.2      JK KEPEMIMPINAN

                   Penyelaras             :    Pn. Che Gayah binti Che Ali
                   Setiausaha             :    Pn. Noor Fadzlina binti Sulaiman
                   AJK                    :     Pn. Munira binti Daud
                                          :    Guru Disiplin
                                          :    Guru Bimbingan & Kaunseling
                                          :    Semua Guru Kelas


                Bidang Tugas Guru Kepimpinan Sekolah

                 1. Mengadakan  sesi  perjumpaan  dengan  Ketua,  Penolong  Ketua Kelas dan  lain-lain
                     kepimpinan sekolah sebulan sekali.
                 2. Menguruskan Kem Kepimpinan pada awal tahun untuk melatih ciri-ciri kepimpinan dalam
                     diri setiap pemimpin murid yang dilantik supaya boleh menjadi contoh kepada murid lain.
                 3. Menerangkan tugas, tindakan dan peranan sebagai Ketua, Penolong Ketua Kelas dan
                    pemimpin  sekolah semasa di dalam kelas dan kawasan sekolah.
                 4. Membuat agihan tugas dan jadual bertugas semasa perhimpunan sekolah bagi pemimpin
                     cilik sekolah.







            #SeLuiMenyengat “Memperkasakan Pendidikan Sekolah Berkualiti”                                  86
   81   82   83   84   85   86   87   88   89   90   91