Page 12 - E FOLIO INOVASI SOSIAL BERKAITAN DENGAN PERPADUAN
P. 12
Langkah-langlah
Kesantunan insan dalam mengurus perbezaan dalam
masyarakat pelbagai agama dan bangsa perlu
dititikberatkan. Ini ialah realiti dan harus difahami dan
diterima semua pihak. Untuk berlaku adil jangan sesekali
kita berat di sebelah pihak ataupun kaum agar kesepaduan
kaum dan keharmonian kaum dan masyarakat dapat
diwujudkan. Oleh itu, kita hendaklah memupuk rasa
hormat tinggi antara kaum dan agama dalam diri kita.
Keharmonian dan kesejahteraan dalam hubungan
masyarakat akan hanya dapat diwujudkan jika setiap
individu mempunyai pemahaman baik terhadap peranan
masing masing untuk menerapkan nilai murni dalam
interaksi seharian.
Hubungan baik dalam masyarakat berbilang bangsa juga
tidak boleh dijadikan sebagai taruhan oleh mana mana
pihak yang mempunyai agenda peribadi atau kelompok
tersendiri. kita perlulah sentiasa berbelas kasihan kepada
rakyat yang menginginkan keamanan dan kestabilan
negara. Serta memberi peluang kepada generasi seterusnya
untuk meneruskan kelangsungan hidup dengan selamat dan
terjamin.

