Page 7 - Perkara Asas Fardhu Ain
P. 7
RUKUN IMAN
5 3
Rukun iman ialah perkara-perkara yang wajib dipercayai dan
diyakini oleh orang Islam. Jika salah satu daripadanya diingkari
maka tidak lengkap iman seseorang.
1 BERIMAN KEPADA ALLAH
Mengaku bahawa Allah SWT itu ada dan Pencipta segala-
galanya. Hanya kepada Allah sahaja yang boleh disembah dan
melaksanakan perintah-Nya dengan sempurna.
BERIMAN KEPADA MALAIKAT
2
Mempercayai bahawa malaikat dijadikan daripada nur (cahaya), tidak
berjantina dan tidak bernafsu. Sentiasa taat menjalankan tugas yang ditentukan
oleh Allah SWT.
3 BERIMAN KEPADA KITAB
Mempercayai bahawa Allah SWT telah menurunkan kitab-kitab kepada rasul-
rasul-Nya. Kitab-kitab itu mengandungi petunjuk ke jalan yang benar.
4 BERIMAN KEPADA RASUL
Mengakui bahawa rasul-rasul itu pesuruh Allah, lelaki dan mendapat wahyu
daripada Allah SWT untuk memimpin manusia ke arah kebenaran.
BERIMAN KEPADA HARI AKHIRAT
5
Meyakini bahawa alam ini akan musnah, selepas itu manusia akan dihidupkan
semula. Orang yang banyak amalan soleh ditempatkan di syurga. Orang yang
engkar perintah Allah ditempatkan di neraka.
BERIMAN KEPADA QADA DAN QADAR
6
Meyakini bahawa semua yang berlaku ke atas diri kita dan seluruh alam ini
telah ditentukan oleh Allah.
Orang yang menik-
mati nikmat iman
ialah orang yang
meredhai Allah
sebagai Tuhan,
Maksudnya: “Sesungguhnya orang yang (sempurna)
menerima Islam
beriman itu ialah mereka yang apabila disebut nama Al-
sebagai agama
lah (dan sifat-sifat-Nya) gementarlah hati mereka; dan
dan mengaku apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya,
Nabi Muhammad menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan
sebagai rasul. mereka jualah mereka berserah.” (Al-Anfal: 2)
PNI Neuron (M) Sdn. Bhd. (554690-H)
PNI Neuron (M) Sdn. Bhd. (554690-H)
PNI Neuron (M) Sdn. Bhd. (554690-H)
PNI Neuron (M) Sdn. Bhd. (554690-H)
PNI Neuron (M) Sdn. Bhd. (554690-H)

