Page 3 - PENGUKUHAN AGAMA - WUDHUK
P. 3

Syarat-syarat Wuduk




                           Syarat sah Wuduk itu ada enam:-


                           1. Orang Islam (orang bukan Islam tidak wajib


                                     berwuduk)

                           2. Mumayiz, iaitu telah dapat membezakan yang


                                  baik dengan yang buruk sesuatu pekerjaan,

                                  yakni yang telah berusia 9 tahun.


                           3. Air mutlak (air yang suci lagi menyucikan).


                           4. Bersih dari Haidh, Nifas dan Junub atau dalam

                                  Hadas Besar.


                           5. Jangan ada pada anggota kita sesuatu benda

                                  yang dengannya, sebabnya tidak sampai air ke


                                  kulit/rambut/kuku seperti cat, lilin, getah,


                                  tatoo di kulit, pewarna rambut, pewarna kuku,

                                  gincu bibir, eyeshadow dsb.


                           6. Mengetahui dan dapat membezakan mana yang

                                  fardhu dan sunat.
   1   2   3   4   5   6   7   8