Page 4 - TAZKIRAH RAMADAN 2022
P. 4

Takrif Ramadan

            Ramadan menurut bahasa bermaksud kepanasan atau batu-
            batu kecil yang berada di padang pasir pada musim panas.
            Ia merupakan satu bulan daripada bulan-bulan Islam yang
            berada di antara Syaaban dan Syawal. Bulan ini ditaklifkan
            atau diamanahkan kepada umat Islam untuk berpuasa.
               Al-Qurtubi berkata: Dinamakan Ramadan kerana ia
            membakar segala dosa dengan amalan yang soleh. Ini  kerana
            ia diambil daripada kalimah ~B¾iáA yang  bermaksud
            membakar.
               Ada pendapat yang mengatakan bahawa simbolik
              panasnya Ramadan itu bertujuan untuk memberi kesan
            kepada hati orang yang berpuasa mengingati pembalasan
            hari akhirat. Ini menunjukkan bahawa nama Ramadan
            diberi bertepatan dengan cuaca yang panas terik pada ketika
            itu. Lazimnya, orang Arab memberi nama bulan-bulan
            Islam berdasarkan sifat bulan tersebut.






















                                       4
   1   2   3   4   5   6   7   8   9