Page 14 - SUJUD SAHWI
P. 14
HAL-HAL PENTING BERKENAAN
DENGAN SUJUD SAHWI
• Apabila seseorang meninggalkan salah satu rukun solat, dan
yang tertinggal itu adalah takbiratul ihram, maka solatnya
tidak dikira, hal itu terjadi secara sengaja ataupun kerana
lupa, kerana solatnya tidak sah. Dan jika yang tertinggal itu
selain takbiratul ihram, dan ditinggalkan secara sengaja,
maka batallah solatnya. Jika tertinggal secara tidak sengaja,
dan dia berada dalam rukun yang tertinggal tersebut pada
rekaat kedua, maka rekaat yang tertinggal rukunnya tadi itu
dianggap tidak ada, dan dia ganti dengan rakaat yang
berikutnya. Dan jika ia belum sampai pada rakaat kedua,
maka ia wajib kembali kepada rukun yang tertinggal tersebut,
kemudian dia laksanakan rukun itu, begitu pula apa-apa yang
setelah itu. Pada kedua hal ini, wajib dia melakukan sujud
sahwi setelah salam atau sebelumnya

