Page 29 - Perkara Asas Fardhu Ain
P. 29
RUKUN-RUKUN SOLAT
27 – TEORI 10
Rukun-rukun solat adalah perkara-
perkara yang wajib dilakukan ketika
melakukan solat dan dilaksanakan
dengan tertib (mengikut urutannya).
RUKUN-RUKUN SOLAT
1 Niat solat berdasarkan solat yang hendak dilaksanakan. Niat
hendaklah serentak dengan takbiratul ihram.
2 Takbiratul ihram dengan mengangkat kedua belah tangan dengan
menyamakan ibu jari ke paras anak telinga. Jari-jari lain terbuka dan
kedua-dua tapak tangan menghadap
kiblat. Lafaz takbiratul ihram ialah:
3 Berdiri betul bagi yang mampu dengan meluruskan tulang belakang.
4 Membaca Surah al-Fatihah dengan talqi dan musyafahah.
5 Rukuk iaitu tunduk ke hadapan dengan dua tapak tangan memegang
lutut dan tamakninah (berhenti seketika), dilakukan setelah sempurna
membaca Surah al-Fatihah.
6 Iktidal iaitu kembali berdiri selepas rukuk dengan tamakninah. Ia
dilakukan selepas sempurna rukuk.
7 Sujud dengan ketujuh-tujuh anggota (dua perut anak jari dua kaki,
dua lutut, dua tapak tangan dan dahi) kena pada tempat sujud.
Dilakukan setelah sempurna iktidal.
8 Duduk antara dua sujud dilakukan setelah sempurna sujud yang
pertama. Dilakukan dengan tamakninah.
9 Membaca tahiyat.
10 Duduk tawaruk ketika membaca tahiyat akhir.
11 Salawat ke atas Nabi Muhammad (saw).
12 Memberi salam ke kanan.
13 Tertib (mengikut urutan rukun).
PNI Neuron (M) Sdn. Bhd. (554690-H)
PNI Neuron (M) Sdn. Bhd. (554690-H)
PNI Neuron (M) Sdn. Bhd. (554690-H)
PNI Neuron (M) Sdn. Bhd. (554690-H)
PNI Neuron (M) Sdn. Bhd. (554690-H)

