Page 24 - T2 NOTA PENDIDIKAN ISLAM KSSM
P. 24
PELAJARAN
11 KEKUATAN DAN KEKUASAAN ALLAH SWT
(AKIDAH) UNIT 1 : AL-QADIR
HARI : _______________ TARIKH : ______________
PENGERTIAN AL-QADIR.
BAHASA : Yang menentukan .
Nama Allah yang menunjukkan bahawa Allah SWT yang maha berkuasa
ISTILAH : menentukan sesuatu perkara berdasarkan kehendak (iradah) dan
ilmu-Nya .
DALIL NAQLI ALLAH BERSIFAT AL-QADIR.
ﲮ ﲭ ﲬﲫ ﲪ ﲩ ﲨ ﲧ ﲦ ﲥ ﲤ ﲣ ﲢ ﲡ ﲠ ﲟ ﲞ ﲝ ﲜ ﲛ ﲚ ﲙ ﭐﱡﭐ ﲗ ﲘ
٦٥ :ماعنلأا ﱠ ﲳ ﲲ ﲱ ﲰ ﲯ
Maksudnya : katakanlah dialah yang berkuasa untuk menghantarkan kepada kamu azab siksa (bala bencana),
dari sebelah atas kamu atau bawah kaki kamu, atau ia menjadikan kamu berselisih pendapat dan berpecah belah
berpuak-puak. Dan ia merasakan sebahagian daripada kamu akan melakukan perbuatan ganas dan kejam
terhadap sebahagian yang lain. Perhatikanlah bagaimana kami menjelaskan ayat keterangan (yang menunjukkan
kebesaran kami) dengan berbagai-bagai cara supaya kamu memahaminya.
BUKTI ALLAH BERSIFAT AL-QADIR .
1. Allah menguasai seluruh alam meliputi matahari, bulan, bintang dan
cakerawala.
Firman Allah SWT :
٦١ :توبكنعلا ﲫ ﱠ ﲪ ﲩ ﲨﲧ ﲦ ﲥ ﲤ ﲣ ﲢ ﲡ ﲠ ﲟ ﲞ ﲝ ﭐﱡﭐ
Maksudnya : sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad SAW) bertanya kepada mereka
(yang musyrik) itu : siapakah yang menciptakan langit dan bumi, dan yang memudahkan
matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-Nya) sudah tentu mereka menjawab “Allah”
maka bagaimana mereka tergamak berpaling.
2. Allah berkuasa menukarkan siang dan malam .
Firman Allah SWT.
ﱯ ﱠ ﱮ ﱭ ﱬ ﱫ ﱪ ﱩ ﱨ ﱧ ﱦ ﱥ ﱤ ﱣ ﱢ ﱡ ﱠ ﱟ ﱞ ﱝ ﱜ ﱛ ﭐﱡﭐ
٥ :ةيثالجا
Maksudnya : dan (pada) pertukaran malam dan siang silih berganti dan juga (pada) rezeki
yang diturunkan oleh Allah dari langit, lalu ia hidupkan dengannya tumbuhan dibumi sesudah
mati, serta (pada) perbezaan angin-Nya (semuanya itu mengandungi) tanda (yang
membuktikan keaslian Allah, kekuasaan-Nya, kebijaksaan-Nya, serta keluasan rahmat-Nya)
bagi kaum yang mahu menggunakan akal fikiran.
2

