Page 30 - T2 NOTA PENDIDIKAN ISLAM KSSM
P. 30
KEISTIMEWAAN AL-QURAN BERBANDING KITAB SAMAWI YANG LAIN.
Kandungan al-Quran lengkap dan mencakupi seluruh aspek kehidupan
1.
manusia di dunia dan di akhirat seperti aqidah, syariat dan akhlak.
Terpelihara sehingga kiamat. Allah SWT menjamin akan menjaga dan
2.
memelihara kesucian al-Quran.
3. Al-Quran menasakhkan kitab-kitab terdahulu.
TUJUAN AL-QURAN DITURUNKAN.
1. Sebagai petunjuk kepada orang yang bertaqwa.
2. Sebagai bukti kerasulan Nabi Muhammad.
3. Sebagai mukjizat kepada Rasulullah SAW.
PENEMUAN SAINS DALAM AL-QURAN.
1. PROSES KEJADIAN MANUSIA
'Alaqah (segumpal Mudghah (seketul
Nutfah (Sperma)
darah) daging)
‘Izam Lahman (tulang
Janin yang ditiup roh yang dibaluti daging) ‘Izam (tulang)
Bayi
2. KULIT MANUSIA
• Penemuan sains mendapati bahawa medium penghantar rasa sakit terletak
pada kulit manusia.
• Tujuan Allah menggantikan kulit yang terbakar dengan kulit baru supaya penghuni .
neraka merasakan azab secara berterusan .
• Menurut sains, proses menggantikan kulit lama dengan kulit yang baharu disebut
sebagai metosis, iaitu proses pertumbuhan kulit yang baharu selepas kulit sedia ada
rosak.
HIKMAH BERIMAN KEPADA AL-QURAN
✓ Dapat menjaga jiwa, keturunan dan harta kerana al-Quran melarang perbuatan yang merosakkan
seperti membunuh.
✓ Dapat meningkatkan keyakinan kepada Allah SWT dan kerasulan Nabi Muhammad SAW kerana al-
Quran menjelaskan bahawa Allah SWT mengutuskan nabi sebagai rahmat ke seluruh alam.
✓ Dapat membentuk masyarakat yang berperibadi mulia kerana al-Quran mengajar manusia perkara
yang membawa kebaikan dan melarang melakukan perkara yang membawa keburukan.
✓ Merapatkan hubungan persaudaraan sesama Islam dan menjaga hubungan baik dengan bukan Islam.
✓ Dapat meningkatkan ekonomi negara kerana al-Quran menggalakkan manusia bekerja mencari rezeki
yang halal.
✓ Negara aman dan maju kerana al-Quran menyeru manusia melakukan perbuatan yang makruf dan
menjauhi perbuatan yang mungkar.
8

