Page 4 - T2 NOTA PENDIDIKAN ISLAM KSSM
P. 4
Surah Ali Imran, ayat 27
AYAT DAN MAKSUD
ﲖ ﲕ ﲔ ﲓ
Engkaulah (Wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang
ﲚ ﲙ ﲘ ﲗ
ﲛ
Engkaulah (Wahai Tuhan) yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam
ﲟ ﲝ ﲜ
ﲞ
Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup daripada benda yang mati
ﲣ ﲢ ﲡ ﲠ
ﲤ
Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati daripada sesuatu yang hidup
ﲦ
ﲪ ﲩ ﲨ ﲧ ﲥ
Engkau jualah yang memberikan rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki dengan tiada
hitungan hisabnya.
Ayat 26 & 27 ini menjadi bukti kekufuran dan kesesatan penganut agama yang
mengatakan bahawa Nabi Isa AS ialah Tuhan.
Walaupun Nabi Isa AS diberi mukjizat seperti boleh menghidupkan orang mati, Baginda
tidak mampu melakukannya tanpa keizinan Allah SWT
ALLAH SWT MENJADIKAN MALAM DAN SIANG SILIH
BERGANTI.
Allah SWT menjadikan siang dan malam supaya manusia
dapat menggunakannya dengan sebaik-baiknya.
Siang untuk bekerja mencari rezeki dan bermasyarakat.
Malam pula untuk berehat dan beribadat.
INTISARI AYAT
MENGHIDUPKAN DAN MEMATIKAN MAKHLUK.
Kekuasaan Allah SWT tidak terbatas dan tidak ada kuasa
lain yang dapat meghalang-Nya.
Contohnya Allah SWT menghidupkan bayi daripada air
mani.
Allah SWT akan mematikan sesiapa yang hidup apabila
tiba ajalnya.
5

