Page 63 - T4 PAI NOTA LENGKAP BUKU TEKS
P. 63
NOTA LENGKAP BUKU TEKS PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 4
Daripada Umar bin al-Khattab meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW, bersabda:
(Riwayat Muslim)
Maksud:
Rukun Islam itu ialah engkau melafazkan kalimah Syahadah (menyakini serta menerangkan
kebenaran) bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan
bahawa Sesungguhnya Nabi Muhammad ialah pesuruh Allah dan engkau mendirikan solat
dan mengeluarkan zakat serta berpuasa pada bulan Ramadhan dan juga engkau mengerjakan
haji ke Baitullah jika engkau berkemampuan.
SYARAT WAJIB HAJI DAN UMRAH.
SYARAT WAJIB PENERANGAN
1 Islam Tidak diwajibkan kepada orang kafir
2 Balik Cukup umur dan tidak wajib kepada kanak-kanak
3 Berakal Waras dan tidak wajib kepada orang gila
4 Merdeka 1 tidak wajib kepada hamba
5 Berkemampuan Mampu dari segi kesihatan kewangan dan keselamatan
(Istitho'ah)
SPEKTRUM ILMU
CIRI-CIRI BERKEMAMPUAN
1. Cukup perbelanjaan untuk mengerjakan haji dan Umrah pergi dan balik
2. Cukup keperluan nafkah asas bagi orang yang dibawah tanggungan.
3. Ada kenderaan pergi dan balik.
4. Aman perjalanan pergi dan balik.
5. Sihat tubuh badan
Syarat khusus bagi perempuan
1. Mendapat keizinan suami atau walinya.
2. Ditemani oleh suami atau mahram atau kumpulan perempuan yang boleh dipercayai.
(Wahbah al-Zuhaili : al-Fiqh al-Manhaji ala-Mazhab al-Imam al-Syafi'e)
63 | s y a b a s 1 8 1 @ g m a i l . c o m

