Page 89 - T4 PAI NOTA LENGKAP BUKU TEKS
P. 89
NOTA LENGKAP BUKU TEKS PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 4
17: UNIT 1: FIKAH: SOLAT SUNAT DHUHA
MAKSUD
Solat sunat dhuha solat sunat yang dilakukan pada waktu antara naik matahari selepas suruh
hingga sebelum gelincir matahari
HUKUM : Sunat Muakkad
Dalil:
Abu hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
(Riwayat Bukhari)
Maksud:
Kekasihku SAW, telah mewasiatkan kepada aku tiga perkara, yang tidak akan pernah aku
tinggalkan sehingga akhir hayatku, berpuasa 3 hari setiap bulan Hijrah, mengerjakan dua
rakaat solat dhuha, dan mengerjakan solat witir sebelum tidur,
SPEKTRUM ILMU
Waktu dhuha adalah selepas 28 minit waktu syuruk sehingga masuk waktu zohor
(Pejabat mufti Wilayah Persekutuan)
Abu Zar al-Ghifari meriwayatkan dalam hadis qudsi Allah berfirman
(Riwayat Tarmizi)
Maksud:
Wahai anak adam kerjakanlah 4 rakaat pada permulaan siang (solat dhuha) pasti aku
cukupkan keperluan mu sampai ke petang
89 | s y a b a s 1 8 1 @ g m a i l . c o m

