Page 28 - Manual Pengurusan dBest 2019
P. 28

SEJARAH SK DURIAN BURONG


                           Sekolah  Kebangsaan  Durian  Burong  mula  beroperasi  pada  16  November  1990  yang
                           mana  diketuai  oleh  Guru  Besar  pertama  iaitu  Hj.  Mohd  Salleh  b.  Ali.  Sekolah  ini
                           menampung murid-murid dari kampung-kampung sekitarnya seperti Kg. Durian Burong,
                           Kg. Kubang Parit dan Kg Bukit Kubang Jambu.

                           Beralamat  di  lokasi  Jalan  Cengal  8,  Kuala  Terengganu,  Terengganu  Darul  Iman,
                           Malaysia. Sehingga akhir tahun 2014 terdapat 14 orang Guru Besar telah berkhidmat di
                           sekolah ini. Sekolah bergred A ini terletak kira-kira 5 km dari bandar Kuala Terengganu.
                           YM Cg. Syed Husni b. Syed Muhamad, guru besar sekarang merupakan ketua pentadbir
                           yang ke 16.

                           SKDB yang mempunyai 2 blok bangunan ini mempunyai 15 buah kelas serta bilik-bilik
                           khas  seperti  makmal  komputer,  bilik  sains,  bilik  bimbingan  dan  kaunseling,  bilik
                           tayangan, perpustakaan, bilik kesihatan dan lain-lain lagi


                       LAGU SK DURIAN BURONG

                                                        SKDB GEMILANG

                                                       INDAH MEMPESONA
                                                         SUASANA CERIA
                                               SEKOLAH KU DAMAI PERMAI SENTIASA
                                                     KEHIDUPAN BERBUDAYA
                                                       KUKUH KERJASAMA
                                                       BERSATU BERETIKA
                                                 MISI KEJAYAAN DISIPLIN DIUTAMA
                                                  KOMITMEN TINGGI SETIAP MASA
                                                     CABARANKAN DITEMPUHI
                                                      BERPRESTASI TINGGI
                                                LAHIRKAN INSAN YANG BERKUALITI
                                                             KORUS
                                                      ILMU MEMBINA INSAN
                                                      CEMERLANG BERUSAHA
                                                      MENGGAPAI WAWASAN
                                                        SKDB TERBILANG
                                                     MEGAH DI PUNCAK JAYA
                                                 KEIMANAN MENJANA PERUBAHAN
                                                   ULANG RANGKAP DI ATAS

                                       Pencipta Lagu dan Lirik: En Abd Aziz b. Ab. Rahaman


                                                                                                 - 22 -
   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33