Page 64 - Manual Pengurusan dBest 2019
P. 64
PENGURUSAN JAWATANKUASA KURIKULUM SEKOLAH
PANDUAN PENGURUSAN JKS
A. LATAR BELAKANG
Jawatankuasa kurikulum sekolah (JKKS) adalah bertindak sebagai badan akademik tertinggi
yang memainkan peranan penting bagi memastikan pelaksanaan pengurusan kurikulum
sekolah berkesan dan berkualiti. Diharap panduan senarai tugas dan peranan ini dapat
dijadikan sumber rujukan kepada semua ahli bagi mempertingkatkan daya kepimpinan dan
mewujudkan suasana p&p di sekolah yang kondusif. Semua guru adalah bertanggungjawab
secara langsung bagi mempertingkatkan prestasi akademik sekolah.
B. OBJEKTIF
1. Mempertingkatkan pengurusan kurikulum supaya sistematik dan berkesan.
2. Menghayati dan memahami serta melaksanakan Dasar Kurikulum Sekolah.
3. Mengetahui dan memahami setiap bidang tugas supaya pelaksanaannya menjurus
kea rah piawaian kualiti.
SENARAI TUGAS
PERKARA PANDUAN SENARAI TUGAS
1. Guru Besar 1.1. Mempengerusikan mesyuarat JKKS. Mengadakan
perbincangan dengan setiausaha untuk menentukan agenda
mesyuarat.
1.2. Ahli Jawatankuasa Kurikulum Daerah.
1.3. Sebagai pemimpin dan perancang Program Kurikulum Sekolah
dan bertanggungjawab menentukan:
a. Dasar Kurikulum Sekolah
b. Matlamat, Objektif, dan Target Program Kurikulum.
c. Sistem Pengurusan Kurikulum.
d. Kewangan
e. Program Peningkatan Kurikulum.
f. Pemantauan dan penilaian program Kurikulum.
g. Pengurusan Pusat Sumber Sekolah.
h. Program Kemajuan Staf dan pakar rujuk.
2. Penolong 2.1. Menjadi Naib Pengerusi JKKS.
Kanan 2.2. Membantu Guru Besar menentukan dasar Kurikulum Sekolah.
Menetapkan matlamat dan sasaran sekolah, menentukan
sistem pengurusan kurikulum, mengawal perbelanjaan,
memantau dan menilai program kurikulum dan menyelesaikan
masalah.
2.3. Menjadi pengerusi JK Jadual Waktu
2.4. Menjadi pengerusi JK Peperiksaan dan Penilaian.
2.5. Menyelaraskan program Kurikulum Sekolah.
-58-

