Page 10 - Sains Tahun 4 SK
P. 10

Aktiviti Ria          Payung Terjun
                                Aktiviti Ria

                    Alat dan Bahan

                   Gunting, pisau, pembaris, kertas surih, benang, klip kertas, batu,
                   jam randik, pita pelekat.

                    Langkah-langkah








                                                   25 cm





                                      25 cm
                   1.  Lakarkan dua bentuk segi                 2.  Potong empat utas benang
                      empat sama berukuran 25 cm.                  sepanjang 30 cm dan lekatkan
                      Potong dan lubangkan pada                    pada setiap sudut kertas.
                      bahagian tengah kertas surih.                Satukan semua hujung benang
                                                                   dengan mengikatnya.
















                   3.  Hasilkan payung terjun kedua.            4.  Secara serentak, jatuhkan
                      Gantungkan klip kertas yang                  payung terjun dari tempat
                      diikat pada batu pada bahagian               yang tinggi. Perhatikan masa
                      hujung payung terjun.                        yang diambil untuk kedua-dua
                                                                   payung terjun jatuh ke lantai.
                    Soalan
                   1.  Payung terjun manakah yang jatuh lebih cepat?
                   2.  Jika payung terjun ini dibina dengan lubang yang berada di tepi,
                      apakah yang akan dapat kamu perhatikan?


                 4
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15