Page 142 - Sains Tahun 4 SK
P. 142
Berhemat Menggunakan Tenaga
Kebanyakan tenaga yang kita gunakan pada hari ini berasal daripada
sumber tenaga tidak boleh dibaharui. Untuk memastikan kita mempunyai
sumber tenaga yang mencukupi pada masa akan datang, kita perlulah
berhemat menggunakan tenaga.
Apakah kepentingan penggunaan sumber tenaga
secara berhemat? Perhatikan situasi di bawah.
Selepas sebulan
Panasnya hari ini.
Sekejap lagi
sejuklah. Mahalnya bil
elektrik bulan ini.
Banyak tenaga
elektrik yang telah
digunakan.
Selepas sebulan
Panasnya hari ini.
Murahnya bil elektrik bulan
Sekejap lagi ini. Tenaga elektrik yang
sejuklah. digunakan pun sedikit.
Berdasarkan situasi di atas, mengapakah kita perlu
berhemat ketika menggunakan tenaga?
NOTA
136 7.2.2 • Berhemat bermaksud berjimat cermat.
7.2.3 GURU • Berhemah bermaksud mempunyai budi pekerti yang mulia.

