Page 168 - Sains Tahun 4 SK
P. 168
Bagaimanakah pula dengan tempoh masa untuk Bumi berputar dan
beredar? Perhatikan rajah di bawah.
Putaran bumi pada paksinya
Kutub Utara
Kutub Utara 24 jam
pandangan sisi pandangan atas
Satu putaran lengkap mengambil masa 24 jam atau 1 hari.
Peredaran bumi mengelilingi Matahari
1 tahun
Matahari
Satu peredaran lengkap mengambil masa 1 tahun atau 365 ¼ hari.
Berdasarkan maklumat di atas, apakah yang dapat
kamu nyatakan tentang tempoh masa putaran dan
peredaran bumi?
162

