Page 63 - Sains Tahun 4 SK
P. 63

Hidup di Darat dan di Air

                    Pada suatu petang, katak dan ikan berbual-bual di dalam sebuah kolam.

                     Wah, seronoknya                          Semasa di darat, saya
                     kamu katak,                               bernafas dengan
                     boleh hidup di                            menggunakan
                     darat dan                                 peparu. Semasa
                     di air!                                   di air pula, saya
                                                               bernafas dengan
                                                                menggunakan
                                                                kulit lembap.






                                                                          Kulit
                                                                        lembap
                                                       Peparu















                                         Oh, patutlah saya hanya  Selain katak, haiwan lain yang
                                         boleh hidup di air sahaja     mempunyai lebih daripada satu
                                              kerana saya hanya        organ pernafasan ialah sesilia dan
                                                   ada satu organ      salamander atau neut yang bernafas
                                                 pernafasan, iaitu     melalui peparu dan kulit lembap.
                                                            insang.    Sesilia hidup di kawasan tropika.
                                                                       Salamander atau neut tidak terdapat
                                                                       di negara kita. Haiwan ini hanya
                                                                       hidup di kawasan beriklim sejuk dan
                                                                       sederhana.




                                              Insang
                                                                          sesilia   salamander atau neut
                    Berdasarkan perbualan antara ikan dengan katak, apakah yang dapat
                    kamu rumuskan tentang organ pernafasan bagi sesetengah haiwan?


                       3.1.3                                                                              57
                       3.1.4
   58   59   60   61   62   63   64   65   66   67   68