Page 113 - BUKU PENGURUSAN DAN TAKWIM SK GEMEREH 2021
P. 113
KELAB DAN PERSATUAN
Carta Organisasi Jawatankuasa
Pengerusi.
Naib Pengerusi.
Setiausaha.
Penolong Setiausaha.
Bendahari.
Penolong Bendahari.
Ahli Jawatankuasa (5 – 7 orang).
Pemilihan dua orang juru audit.
Senarai Tugas Ahli Jawatankuasa
Pengerusi
a. Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas
kesempurnaan semua mesyuarat.
b. Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang
diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya.
c. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa
ke semasa.
Naib Pengerusi
a. Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggung jawab yang
diberi.
b. Mempengurusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi.
c. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke
semasa.
Setiausaha
a. Menguruskan hal-hal surat menyurat.
b. Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat/laporan kegiatan
kegiatan.
c. Mencatat kehadiran ahli.
d. Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan.
e. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari
semasa ke semasa.
Penolong Setiausaha
a. Membantu setiausaha dalam menjalankan segala tugas dan
tanggungjawabnya.
b. Menjalankan tugas Setiausaha sewaktu ketiadaan Setiausaha.
c. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke
semasa.
Bendahari
a. Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Persatuan.
b. Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan
bertanggungjawab di atas kesahihannya.
c. Menyediakan Penyata Kira-Kira bulanan dan tahunan serta menandatanganinya.
d. Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta di dalam mesyuarat ahli
jawatankuasa.
115

