Page 62 - BUKU PENGURUSAN DAN TAKWIM SK GEMEREH 2021
P. 62

PENYEMAKAN BUKU LATIHAN / HASIL KERJA MURID

                1. OBJEKTIF

                1.1  Memastikan setiap guru dapat memberi bilangan latihan yang mencukupi
                       mengikut piawaian yang telah ditetapkan untuk setiap murid.
                1.2  Memastikan setiap murid ada buku yang telah ditetapkan oleh panitia mata
                       pelajaran dan membuat semua latihan yang ditetapkan oleh guru.
                1.3  Memastikan setiap murid membuat latihan di dalam buku yang telah ditetapkan
                       bagi setiap mata pelajaran.
                1.4  Memastikan setiap murid membuat pembetulan dan semestinya pembetulan itu
                       betul.
                1.5  Memastikan setiap guru memeriksa buku murid dengan teliti, berterusan dan
                      semakan yang bertanggungjawab.
                1.6  Setiap guru boleh menggunakan latihan murid sebagai penilaian PdPc atau refleksi
                       PdPc mereka.
                1.7  Memastikan setiap buku latihan murid memenuhi standard kualiti yang ditetapkan
                       oleh panitia masing-masing.

                2. PELAKSANAN

                2.1  Tarikh : Bulan Febuari  hingga  Oktober 2021
                2.2  Jadual penyemakan disediakan oleh pentadbir.

                3.  KUMPULAN SASARAN

                3.1  Semua guru dan murid Tahun 1 hingga Tahun 6, Prasekolah dan Pendidikan Khas.

                4.  AKTIVITI

                4.1    Setiap buku latihan atau kerja murid bagi setiap mata pelajaran akan disemak
                         oleh:
                        4.1.1  Guru Besar
                        4.1.2  Guru Penolong Kanan Kurikulum
                        4.1.3  Guru Penolong Kanan HEM
                        4.1.4  Guru Penolong Kanan Kokurikulum









                                 “Berani Berkorban dan Berubah, Kejayaan adalah Ganjarannya”
   57   58   59   60   61   62   63   64   65   66   67