Page 29 - Manual Pengurusan KVG 2023
P. 29

140










                                                   BICARA PENGARAH
                                             KOLEJ VOKASIONAL GOMBAK



                     Bismillahirrahmanirrahim,
                     Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan “Salam Warga GvoC”.

                     Setinggi-tinggi  tahniah  dan  syabas  kepada  jawatankuasa  Manual  Pengurusan  Kolej  Vokasional
                     Gombak  atas  kejayaan  menyiapkan  Manual  Pengurusan  Tahun  2023.  Sesungguhnya  tahun
                     2022  berlalu  dengan  penuh  cabaran  dan  alhamdulillah  kita  berjaya  mengharunginya  dengan
                     mencatat pelbagai kejayaan.

                     Pada  tahun  2022,  antara  hala  tuju  Koe  Vokasional  Gombak  yang  telah  ditetapkan  adalah  untuk
                                                      j
                                                      l
                     Mencapai Matlamat Menuju Kecemerlangan dan hal ini ternyata dapat direalisasikan melalui
                     pelbagai  strategi.  Kejayaan  Kolej  Vokasional  Gombak  memperoleh  pengiktifaran  MQA
                     merupakan penanda aras utama dalam peningkatan kualiti dan kecemerlangan akademik.

                     GVoC  Production  pula  terus  bertindak  proaktif  dengan  mementaskan  teater  komedi  “Alahai
                     Menantu”  yang  mendapat  sokongan  padu  daripada  pelbagai  pihak  termasuk  BPLTV  dan
                     Kementerian Pendidikan Malaysia. Kumpulan tarian dibawah naungan GVoC Tari Production
                     juga  telah  berjaya  mencatat  beberapa  pencapaian  hingga  ke  peringkat  antarabangsa.  Tidak
                     ketinggalan kejayaan asrama KV Gombak mendapat Penarafan Asrama 5 Bintang serta pelbagai
                     kejayaan dalam pertandingan inovasi di peringkat kebangsaan mahupun global.

                     Kejayaan demi kejayaan yang menjadi catatan sejarah manis pada tahun 2022 ini diharapkan menjadi
                     perangsang kepada semua warga Kolej Vokasional Gombak untuk terus melangkah dengan penuh
                     keyakinan pada tahun 2023 ini.  Hal ini penting ke arah menghasilkan modal insan yang mampu
                     menangani cabaran dan berdaya saing, namun masih berpegang teguh kepada agama, nilai dan
                     identiti  nasional.  Tanggungjawab  ini  perlu  bagi  melahirkan  modal  insan  yang  bukan  sahaja
                     berkemahiran  tinggi  tetapi  juga  mempunyai  kebolehkerjaan  tinggi  selaras  dengan  keperluan
                     industri negara.

                     Akhir  kata,  saya  mendoakan  semoga  Allah  S.W.T  terus  mengurniakan kesejahteraan  dan
                     keselamatan  buat  semua  warga  Kolej  Vokasional  Gombak  untuk  terus  berusaha  mencipta
                     kecemerlangan  dan kegemilangan. Salam Transformasi Dan Selamat Maju Jaya.


                     #WE LOVE GvoC
                     #GvoC THE BEST
                     #DI SINI USAHAWAN CEMERLANG DILATIH


                     HAJAH NORHAYATI BINTI ABDUL RAHMAN
                     Pengarah
                     Kolej Vokasional Gombak
                     Jalan Sungai Pusu, 53100 Gombak Selangor.





                                                            1
   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34