Page 2 - SANG LABAH-LABAH DENGAN SANG NYAMUK
P. 2

Seekor labah-labah


                                                      membuat sarang di tepi hutan.



               Sarangnya selalu rosak. Kadang-kadang rosak

         disebabkan oleh angin kencang. Kadang-kadang rosak


         disebabkan oleh    hujan.   "Ha! Ha! Ha!" nyamuk ketawa.



               "Wahai Sang Labah-labah, engkau melakukan kerja

         yang   bodoh! Setiap hari, engkau asyik membuat sarang.


         Sedangkan, sarangmu itu akan rosak," nyamuk menghina

         labah-labah.  Namun, labah-labah berdiam diri sahaja.

         Setiap hari, labah-labah tetap tekun membuat sarangnya.




               Pada suatu malam, nyamuk terbang hendak pergi

         mencari makanannya. Semasa terbang, nyamuk


         terlanggar sarang   labah-labah.   Apalagi! Nyamuk

         terperangkap di sarang labah-labah. Nyamuk tidak dapat

         melepaskan diri.




               Nyamuk berasa menyesal kerana pernah menghina

         labah-labah. Namun, sesal kemudian tidak berguna lagi.

         Matilah nyamuk itu dimakan oleh labah-labah.
   1   2   3   4   5   6   7