Page 109 - Laporan Tahunan 2018 DOSM
P. 109

3. MAJLIS MENANDATANgANI MOU

             BERSAMA UNIVERSITI TENAGA
             NASIONAL (UNITEN)


          Majlis Menandatangani MoU bersama Universiti Tenaga Nasional diadakan pada 6 Julai 2018 di
          UNITEN, Bangi. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Perangkawan Malaysia, YBhg. Dato’
          Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin dan Naib Canselor UNITEN, YBhg. Dato’ Prof. Ir. Dr. Kamal Nasharuddin
          Mustapha dengan disaksikan oleh Pegawai Kanan kedua-dua agensi tersebut.

          Majlis menandatangani jalinan tersebut dapat meningkatkan dan mengukuhkan lagi kerjasama
          strategik kepada kedua-dua pihak. Antara bidang kerjasama yang dipersetujui ialah DOSM akan
          membekalkan data mikro demografi dan sosioekonomi bagi tujuan kajian ilmiah, penyelidikan
          dan pembangunan pengetahuan baru kepada warga UNITEN.

          MoU  dengan  UNITEN  ini  merupakan  MoU  yang  ke-16  ditandatangani  DOSM  bersama  Institusi
          Pengajian Tinggi.

















  KOMUNIKASI STATISTIK










  102









                       6 Julai  2018 - Majlis Menandatangani MoU antara DOSM dan UNITEN
                             di Bilik Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah, UNITEN, Bangi
   104   105   106   107   108   109   110   111   112   113   114