Page 39 - Laporan Tahunan 2018 DOSM
P. 39

Peristiwa





                             Pelantikan Pengerusi


                             Agensi Antarabangsa




          Pada  tahun  2018,  DOSM  terus  melakar
          kecemerlangan      di   arena    antarabangsa                   OIC-StatCom
          melalui  pelantikan  YBhg.  Dato’  Sri  Dr.  Mohd
          Uzir  Mahidin,   Ketua  Perangkawan Malaysia
          sebagai  Chairman,  Members  of  the  Bureau,
          Organisation of Islamic Cooperation Statistical
          Commission  (OIC-StatCom)  bagi  tempoh  2018
          –  2019  pada  sidang  ke-7  OIC-StatCom  yang
          berlangsung  pada  2  hingga  3  Mei  2018  di
          Statistical, Economic and Social Research and
          Training Centre for Islamic Countries (SESRIC),
          Ankara, Turki.

          OIC-StatCom      adalah     organisasi    yang
          bertindak  sebagai  platform  untuk  Sistem
          Statistik  Kebangsaan  Negara-Negara  Anggota
          OIC  berkongsi  pengetahuan  dan  bertukar
  PENCAPAIAN SIGNIFIKAN 2018
          pengalaman  serta  amalan  terbaik  dengan
          tujuan   untuk   meningkatkan      penghasilan
          statistik  sambil  dipandu  oleh  objektif  dan
          prinsip  untuk  memperkuat  perpaduan  dan
  32
          kerjasama di kalangan negara anggota.
                                                           Seterusnya,    lakaran    kecemerlangan       ini
                                                           diteruskan lagi dengan pelantikan YBhg. Dato’
                                                           Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin, Ketua Perangkawan
                                                           Malaysia  sebagai  Chairman  of  the  Committee
                                                           on  Statistics  of  the  United  Nations  Economic
                                                           and Social Commission for Asia and the Pacific
                                                           (ESCAP)  bagi  tempoh  2018  –  2020  semasa
                                                           sidang  ke-6  ESCAP  yang  berlangsung  pada
                                                           16  –  19  Oktober  2018  di  United  Nation  ESCAP,
                                                           Bangkok, Thailand.


                                                           Pelantikan  dalam  organisasi  antarabangsa
                                                           adalah  merupakan  pengiktirafan  berprestij
                                                           kepada  DOSM  khususnya  dan  sistem  statistik
                                                           negara,  amnya.  Ia  dilihat  begitu  signifikan
                                                           dalam  memartabatkan  kedudukan  DOSM  di
                                                           peringkat antarabangsa.
   34   35   36   37   38   39   40   41   42   43   44