Page 47 - Laporan Tahunan 2018 DOSM
P. 47

Laporan Sosioekonomi
          Negeri 2017

          Laporan  Sosioekonomi  Negeri  2017  yang
          diterbitkan pada tahun 2018 merupakan laporan
          yang  julung  kalinya  diterbitkan  oleh  DOSM.
          Laporan  tersebut  telah  dilancarkan  oleh  YAB
          Timbalan  Perdana  Menteri  Malaysia  sempena
          Majlis  Statistik  Mensejahterakan  Rakyat  yang
          berlangsung  pada  26  Julai  2018  di  Universiti
          Multimedia.

          Ia  merupakan  15  laporan  eksklusif  yang
          merangkumi     13   negeri   dan   2   Wilayah
          Persekutuan  (Kuala  Lumpur  dan  Labuan).
          Laporan    tersebut    merangkumi  statistik
          ekonomi  dan  sosial  yang  meliputi  data
          Keluaran  Dalam  Negeri  Kasar  (KDNK),  Indeks
          Harga Pengguna, kependudukan, guna tenaga,
          pengangguran,     taburan   pendapatan     dan
          maklumat-maklumat  utama  yang  lain.  Selain
          itu,  indikator-indikator  utama  yang  diperoleh
          daripada  agensi  terpilih  juga  turut  dimuatkan
          dalam laporan tersebut.




  PENCAPAIAN SIGNIFIKAN 2018




  40
   42   43   44   45   46   47   48   49   50   51   52