Page 68 - Laporan Tahunan 2018 DOSM
P. 68

laPoRan taHunan 2018
                                                                           Jabatan Perangkaan Malaysia
          Kolokium Statistik dan research Poster


          Kolokium Statistik dan Research Poster 2018 telah diadakan di ILSM pada 4 - 5 Oktober 2018. ILSM
          dengan kerjasama Bahagian Metodologi dan Penyelidikan melaksanakan penganjuran kolokium
          bersama dengan pameran Research Poster terpilih. Antara objektif penganjuran:
          i.   Menggalakkan aktiviti penyelidikan dan penulisan teknikal di kalangan anggota;
          ii.  Menggalakkan  anggota  untuk  meningkatkan  keupayaan  di  dalam  penggunaan  Statistical
             Analysis Tools yang terkini;
          iii.  Membudayakan teknik penyampaian yang berkesan dan kemahiran berkomunikasi di dalam
             Bahasa Inggeris; dan
          iv.  Menggalakkan  penganjuran  medan  ilmu  yang  berupaya  menyediakan  wadah  pertukaran
             idea di dalam percambahan ilmu baharu.                                                                61

          Program  ini  telah  dirasmikan  oleh  YBhg.  Dato’  Sri  Dr.  Ketua  Perangkawan  Malaysia.  Sesi
          pembentangan kertas kerja oleh agensi luar yang dijemput khas adalah dari Institut Pengajian
          Matematik (INSPEM), UPM dan Fakulti Sains Komputer dan Matematik, UiTM. Program diteruskan
          dengan sesi pembentangan oleh pegawai – pegawai dari DOSM yang mewakili Bahagian dan
          Negeri masing – masing. Sebanyak 15 kertas kerja telah dibentangkan dalam program ini.                  Modal Insan & PeMbangunan KaPasItI




























          Sesi bergambar bersama YBhg. Dato’ Sri Dr.           Kehadiran peserta DOSM dan agensi luar
                  Ketua Perangkawan Malaysia
   63   64   65   66   67   68   69   70   71   72   73