Page 82 - Laporan Tahunan 2018 DOSM
P. 82
LaPoRan taHUnan 2018
Jabatan Perangkaan Malaysia
location intelligence
Peta merupakan cara yang terbaik bagi menyampaikan maklumat statistik. Ianya bukan sahaja
menarik malah memudahkan pengguna memahami data yang berkaitan dengan lokasi dan
membantu mengenalpasti trend geografi dalam sesuatu data yang mungkin susah digambarkan
melalui carta dan jadual. Location Intelligence digunakan bagi memaparkan maklumat statistik
berkaitan lokasi melalui peta interaktif, carta dan graf.
Location Intelligence digunakan untuk menganalisis data secara interaktif melalui peta. Paparan 75
akan menggunakan peta tunggal atau kombinasi analisis seperti grid, graf atau teks dinamik.
Antara sektor yang diliputi adalah:
• Pertanian;
• Pembinaan;
• Sektor Luar Negeri;
• Pendapatan Isi Rumah dan Perbelanjaan;
• Perangkaan Tenaga Manusia dan Sosial;
• Pembuatan;
• Perlombongan dan Pengkuarian Batu;
• Akaun Negara;
• Penduduk & Demografi; dan Modenisasi dan inovasi statistik
• Harga-Harga.
Sebelum melalui proses modenisasi, data historical dan penerbitan dikumpul dan disimpan di
pangkalan data secara silo dan stand alone di Bahagian Butiran Perkara masing-masing. Ini telah
memberi implikasi dari segi harvesting data yang terbatas, pengurusan data yang tidak cekap,
dan data archiving yang tidak tersusun. StatsDW telah mengubah persekitaran pengurusan,
keselamatan dan pengarkiban data di Jabatan dengan penggunaan teknologi moden bagi
memenuhi keperluan stakeholders, industri dan rakyat untuk membuat keputusan berasaskan
fakta.
Setakat ini, StatsDW meliputi data tahunan sahaja dan bukan data terkini. Pihak Jabatan
akan memperluaskan skop untuk suku tahunan dan bulanan pada masa hadapan. Pengguna
dinasihatkan untuk mengakses portal Jabatan Perangkaan Malaysia www.dosm.gov.my untuk
siaran terkini.

