Page 21 - Laporan Tahunan 2014 DOSM
P. 21
fUngSi
Di bawah “Akta Perangkaan 1965 (Disemak 1989)”, fungsi utama
Jabatan Perangkaan Malaysia ialah:
• mengumpul dan mentafsirkan perangkaan bagi tujuan pembentukan atau pelaksanaan
dasar-dasar kerajaan dalam apa juga bidang yang diperlukan oleh kerajaan atau bagi Jabatan Perangkaan Malaysia • Laporan Tahunan 2014
memenuhi keperluan-keperluan perdagangan, perniagaan, perindustrian, pertanian
atau lain-lain; dan
• menyebar perangkaan yang telah dikumpul atau tafsiran yang dibuat atas perangkaan
yang dikumpul itu, bukan sahaja kepada agensi-agensi kerajaan, tetapi juga kepada
pihak-pihak berkuasa atau orang-orang yang mana maklumat itu berguna untuk mereka.
DASAR KUALiTi
Jabatan Perangkaan Malaysia komited untuk membekalkan maklumat dan perkhidmatan
statistik yang berorientasikan pengguna, bertepatan masa dan berkualiti. Ia dicapai melalui
penggunaan teknik statistik dan teknologi yang terkini dan sesuai serta melalui peningkatan
pengetahuan dan kemahiran anggota Jabatan di pelbagai peringkat secara berterusan.
PiAgAM PeLAnggAn
Kami komited untuk menyedia dan membekal maklumat perangkaan yang berkualiti,
berorientasi pengguna dan bertepatan masa berdasarkan keperluan:
1. Special Data Dissemination Standard (SDDS).
2. Data yang diterbitkan disediakan dalam tempoh satu hingga dua hari bekerja.
3. Data yang tidak diterbitkan:
• Data yang dipetik (extract) dari penjadualan komputer yang tersedia,
disediakan dalam tempoh tiga hingga lima hari bekerja.
• Data yang memerlukan pengiraan, penyusunan dan prosesan tambahan
disediakan dalam tempoh dua hingga 10 hari bekerja.
4. Pengguna di kaunter akan dilayan dalam tempoh 10 minit daripada masa ketibaan.
5. Aduan yang diterima melalui surat/ e-mel/ faks/ telefon akan diambil tindakan
dalam masa tujuh hari bekerja.
www.statistics.gov.my | 19

