Page 45 - Laporan Tahunan 2014 DOSM
P. 45
Laporan Tahunan
Produk Baharu
Keluaran Dalam Negeri Kasar Kaedah
Pendapatan 2005-2013
Penerbitan ini melaporkan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) bagi Kaedah Pendapatan. Statistik ini menjadi
rujukan penting dalam mengukur ekonomi dari perspektif pendapatan yang diterima oleh faktor pengeluaran
dalam bentuk Pampasan Pekerja dan Lebihan Kendalian Kasar.
Statistik ini menyediakan input kepada kerajaan bagi merancang
pembangunan dan penggubalan dasar berkaitan pendapatan. Statistik
ini juga akan menjadi sumber rujukan kepada penyelidik, ahli akademik,
komuniti perniagaan dan pengguna lain untuk menganalisis pendapatan
yang diterima oleh pekerja dan majikan.
Penerbitan ini memberikan maklumat ekonomi dari perspektif
pendapatan bagi tahun 2005 hingga 2013 mengikut jenis aktiviti ekonomi
pada harga semasa.
Penyusunan sumbangan KDNK Kaedah Pendapatan ini adalah
berdasarkan konsep yang disarankan oleh Sistem Akaun Negara 1993
dan 2008, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Buat pertama kalinya pada 21 Julai 2014, penerbitan ini telah
diedarkan kepada umum dan akan diterbitkan secara tahunan.
Akaun Satelit Teknologi Maklumat
dan Komunikasi
Penerbitan ini membentangkan statistik berkaitan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) di Malaysia
bagi tempoh 2005 hingga 2013 pada harga semasa. Statistik ini digunakan untuk pemantauan prestasi
sektor TMK dan sebagai panduan bagi membuat keputusan dalam
pembentukan dasar berkaitan TMK.
Statistik ini menyediakan maklumat mengenai sumbangan industri
TMK kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar, penawaran dan penggunaan
TMK, pendapatan dan guna tenaga dalam industri TMK. Selain itu,
penerbitan ini turut menyediakan statistik berkaitan e-Dagang.
Penyusunan statistik ini berdasarkan manual OECD Guide to
Measuring Information Society 2011 dan Internet Economy Outlook
2012 serta selaras dengan piawaian yang ditetapkan oleh System of
National Account 2008.
Akaun Satelit Teknologi Maklumat dan Komunikasi ini buat
pertama kali diterbitkan sebagai edaran umum pada 1 Disember 2014
dan penerbitan seterusnya akan dibuat secara tahunan.
40 | www.statistics.gov.my

