Page 89 - Laporan Tahunan 2015 DOSM
P. 89
LAPORAN TAHUNAN 2015 87
JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA
Anugerah Ekosistem Kondusif Sektor Awam
Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan (MAMPU) telah menambahbaik pelaksanaan
Amalan 5S dengan menjenamakan semula kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA). Selaras
dengan perkara ini, DOSM telah mengambil inisiatif untuk mendapatkan pensijilan EKSA daripada MAMPU.
Pada tahun 2015, JP Negeri berikut telah memperoleh pengiktirafan dan pensijilan EKSA:
JP Sabah
Pensijilan EKSA bagi JP Sabah berkuatkuasa 15 April 2015 hingga 14 April 2017.
JP Kelantan
Pensijilan EKSA bagi JP Kelantan berkuatkuasa 1 September 2015 hingga 31 Ogos 2017. JP Kelantan
memperoleh pensijilan EKSA kategori Cemerlang bagi pejabat negeri JP Kelantan dan memperoleh
pensijilan EKSA kategori Baik bagi Pejabat Operasi Kuala Krai. Majlis Penyerahan Sijil EKSA telah diadakan
pada 28 September 2016 dan penyampaian Sijil EKSA kepada JP Kelantan disampaikan oleh YBhg. Dato’
Seri Zainal Rahim bin Seman, Ketua Pengarah MAMPU.
JP Pahang
MAMPU telah menjalankan Audit Persijilan EKSA pada 28 dan 29 Oktober 2015.
Audit ini meliputi ruang pejabat di pejabat negeri JP Pahang, Pejabat Operasi
Bentong dan Pejabat Operasi Temerloh. JP Pahang telah dianugerahkan pensijilan
EKSA bagi kategori cemerlang berkuatkuasa 15 Disember 2015 sehingga 14
Disember 2017.
JP Sarawak
JP Sarawak telah mengambil inisiatif untuk memperoleh pensijilan EKSA bagi menggantikan tempoh sah
Sijil Amalan 5S yang tamat pada 10 Julai 2015. Pada kali ini, perlaksanaan EKSA diperluaskan ke Pejabat
Operasi PO Miri, Pejabat Operasi Limbang dan Pejabat Operasi Sibu.
Bermula 6 sehingga 12 November 2015, MAMPU Cawangan Sarawak telah menjalankan audit pensijilan
EKSA di ibu pejabat Kuching dan ketiga-tiga pejabat operasi tersebut. Keempat-empat pejabat yang telah
diaudit berjaya dianugerahkan Pensijilan EKSA dengan kategori Cemerlang. Pensijilan EKSA bagi pejabat
negeri JP Sarawak berkuatkuasa pada 15 November 2015 hingga 14 November 2017, manakala pensijilan
EKSA bagi ketiga-tiga pejabat operasi tersebut berkuatkuasa pada 1 Disember 2015 hingga 30 November
2017.

