Page 3 - Seni Halus lukisan (Latihan Pengukuhan 18
P. 3

4. Teknik Alla Prima: Proses mewarna secara tepat dan spontan dengan

                     sapuan warna terus dari tiub. Teknik ini sesuai untuk artis yang menghasilkan


                     catan di luar bangunan (Outdoor) kerana tekniknya terus dan spontan.



                     5. Teknik Impasto: Proses mewarna menggunakan warna tebal yang boleh

                     menimbulkan kesan prinsip rekaan seni seperti kontra dan penegasan. Warna


                     yang tebal boleh mengekalkan kesan sapuan berus atau palitan pisau palet

                     (palette knife). Teknik impasto sering digunakan dalam karya seni catan teknik

                     Alla Prima apabila cat yang disapu tebal dan spontan.



                     6. Teknik Hard Edge: Proses mewarna dengan menggunakan ‘masking tape’

                     untuk memisahkan warna bagi menonjolkan warna catan yang dimahukan.
   1   2   3   4   5   6   7   8