Page 12 - Seni Halus 2D (Latihan Pengukuhan 124)
P. 12
Perkembangan Cetakan Di Malaysia
▪ Sejarah perkembangan cetakan di Malaysia telah dibawa
dari Negara China ke Singapura pada tahun 1940-an.
Cetakan telah dibawa masuk ke Singapura melalui
Nanyang Akademik.
▪ Rakyat Tanah Melayu yang belajar di institusi seni Nanyang
Akademik telah berjaya mempelajari teknik seni cetakan
tersebut dan diperluaskan di Malaysia. Walau
bagaimanapun, pada waktu itu seni cetakan di Malaysia
kurang berkembang kerana kekurangan individu yang
berkemahiran dan peralatan yang sangat terhad.

