Page 3 - Seni Halus 3D Arca Stabail (Latihan Pengukuhan 89)
P. 3
DEFINISI
• Arca stabail merupakan sebuah karya yang telah muncul pada abad
ke 20. Kebiasaannya, arca ini dibina menggunakan bahan yang kuat
dan tahan lama. Ia juga merupakan binaan yang mempunyai tapak
yang stabil. Penghasilan sesebuah arca melibatkan dua perkara
utama iaitu unsur seni dan prinsip rekaan.
• Pengarca akan menggunakan sebaik mungkin unsur seni dan prinsip
rekaan untuk memastikan hasil arca kelihatan menarik dan
mempunyai nilai estetik. Pengolahan unsur seni dan prinsip rekaan
dapat dilihat secara fizikal melalui bentuk yang dihasilkan.

