Page 2 - Buletin JPP Lmuharib'IIS Edisi Disember
P. 2
PENGENALAN
Buletin JPP merupakan satu wadah yang dibangunkan oleh JPP
IPG Kampus Tawau. Segala aktiviti yang telah disertai oleh para
siswa guru IPG Kampus Tawau akan didokumentasikan di dalam
Buletin JPP ini iaitu sebulan sekali.
Program-program tersebut boleh terdiri daripada program yang
diadakan sendiri oleh pihak IPG Kampus Tawau mahupun 26
buah lagi IPG yang terdapat di seluruh Malaysia. Selain itu, hasil
karya penulisan pelajar juga akan dimasukkan ke dalam buletin
ini bagi pembacaan semua pihak.
Di samping dapat mengetengahkan bakat setiap siswa guru IPG
Kampus Tawau, penulisan mereka juga dapat dijadikan ilmu
perkongsian bagi rakan-rakan siswa guru dan para pensyarah
sekalian.
Tambahan pula, Buletin JPP ini digerakkan dengan kerjasama
beberapa orang siswa guru bagi memurnikan lagi usaha ini. Akhir
kata, semoga usaha ini dapat diteruskan agar kekal menjadi
wadah utama para siswa guru untuk terus berkarya pada masa
akan datang.
P E M I M P I N M A R T A B A T K A N P E N D I D I K A N

