Page 3 - Sumbangan Tokoh Islam
P. 3
Al-Farabi
● Membuat kajian mengenai logik dan memudahkannya melalui cara membahagikan
kepada dua kategori iaitu idea (Takhayyul) dan bukti (Thubut).
● Bidang sosiologi
○ Menulis buku bertajuk Ara Ahl al-Madina al-Fadila yang merupakan buku yang
terkenal.
○ Menulis buku mengenai muzik yang dikenali sebagai Kitab al-Musiqa.
● Merupakan pakar dalam kesenian dan sains muzik.
● Beliau juga mereka cipta peralatan muzik dan ilmu nota muzik.
● Dalam bidang fizik, beliau memperkenalkan konsep kekosongan.
● Merupakan seorang yang terawal menulis mengenai ilmu logik Yunani secara teratur
dalam bahasa Arab.

