Page 13 - Buku Manual Pengurusan 20222023 smidin
P. 13

Manual Pengurusan Sekolah 2022/2023





                                                     SEJARAH SEKOLAH



                              Untuk memenuhi kehendak pendidikan negara, khususnya pendidikan di negeri Terengganu maka
                       pada  tahun  1961  sebuah  sekolah  telah  diwujudkan  oleh  Kementerian  Pelajaran  Malaysia  di  negeri  ini.
                       Sekolah  ini  diberi  nama  Sekolah  Menengah  Padang  Midin.  Sekolah  Menengah  Padang  Midin  adalah
                       merupakan  Sekolah  Menengah  Aliran  Melayu  yang  pertama  dibina  di  negeri  Terengganu.  Sekolah
                       Menengah  Padang  Midin  memulakan  sidang  pengajaran  dan  pembelajaran  pada  tahun  1961,  tetapi  pada
                       tahun ini sekolah ini tidak mempunyai bangunan sendiri. Murid-muridnya terpaksa menumpang  di bangunan
                       Sekolah Menengah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu.  Keadaan ini tidak berlanjutan kerana pada Oktober
                       1964 Sekolah Menengah Padang Midin mula beroperasi di bangunannya sendiri di atas sebidang tanah seluas
                       7.106 hektar (17.6 ekar).   Encik Nordin bin Nasir dipertanggungjawabkan sebagai Guru Besar pertama.

                              Bangunan yang dibina pada peringkat permulaan ini ialah dua buah bangunan dua tingkat, sebuah
                       pejabat,  dua  buah  makmal  dan  sebuah  dewan  sekolah.  Ketika  ini  Sekolah  Menengah  Padang  Midin
                       menampung  pelajar-pelajar  dari  tingkatan  satu  hingga  tingkatan  lima.  Apabila  berbicara  tentang  Sekolah
                       Menengah  Padang  Midin  seharusnya  tarikh  28  September  1965  tidak  dapat  dilupakan,  kerana  pada  hari
                       tersebut  sekolah  ini  telah  dibuka  dengan  rasminya  oleh  Yang  Berhormat  Encik  Mohd  Khir  bin  Johari,
                       Menteri Pelajaran Malaysia.

                              Pada  tahun  1965  bagi  menampung  bilangan  pelajar  yang  semakin  bertambah  maka  dua  buah
                       bangunan  lagi  telah  dibina  dan  sebuah  Asrama  Lelaki  telah  dibuka.  Tahun  1968  menjadi  tahun  paling
                       bersejarah kerana pada tahun ini Tingkatan Enam Aliran Melayu yang pertama di negeri Terengganu telah
                       bermula  di  Sekolah  Menengah  Padang  Midin.  Pada  tahun  1971,  sebuah  Asrama  Perempuan  pula  telah
                       dibuka.

                              Bermula  pada  1  Januari  1998,  Sekolah  Menengah  Padang  Midin  dijenamakan  semula  sebagai
                       Sekolah  Menengah  Kebangsaan  Padang  Midin.  Kini,  setelah  49  tahun  beroperasi,  pelbagai  bangunan
                       tambahan dan binaan baru dibina termasuk taman-taman dan kolam-kolam yang menambahkan lagi keserian
                       dan keceriaan  SMK  Padang  Midin  sebagai  sebuah  institusi pendidikan yang  gemilang.  Pada tahun  2003,
                       SMK Padang Midin telah dinobatkan  sebagai Johan Anugerah Kualiti Menteri Pendidikan.
                              Pada  tahun  2020,  Sekolah  Menengah  Kebangsaan  Padang  Midin  telah  terpilih  sebagai
                       Transformasi Sekolah 2025 Kohot 5.0.   Pemilihan ini telah meletakkan SMK Padang Midin lebih fokus ke
                       arah melahirkan modal insan unggul melalui persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan, penglibatan
                       pembelajaran murid yang aktif lagi bermakna, kepimpinan yang berkualiti serta berwawasan dan guru yang
                       kompeten dan beraspirasi tinggi serta komitmen komuniti yang padu.
















                                                                                                                    11
   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18