Page 6 - Buku Manual Pengurusan 20222023 smidin
P. 6
Manual Pengurusan Sekolah 2022/2023
Tinta Bicara Pengetua
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera
Bersyukur kita ke hadrat Allah Subhanahuwataala kerana dengan limpah kurnia-Nya maka Buku
Pengurusan Sekolah sesi 2022/2023 dapat dihasilkan. Dengan adanya buku ini diharap dapat menjadi panduan
kepada pelaksanaan tugas 2022/2023 dengan lebih mantap dan berkesan.
Sebagai pendidik, kita perlu melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan ini dengan
penuh berintegriti, jujur dan berkualiti. Guru-guru perlu mempertingkatkan kualiti kerja kerana kita
berhadapan dengan cabaran era revolusi 4.0, Pembelajaran Abad ke-21, Pelaksanaan STEM dan TVET. Oleh
itu, guru-guru SMIDIN perlulah melengkapkan diri dengan pengetahuan teknologi maklumat serta komunikasi
(ICT) bagi membolehkan mereka mendepani cabaran Revolusi Perindustrian 4.0. Elemen-elemen ini
dizahirkan melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran sama ada di bilik darjah atau di luar bilik darjah
sejajar dengan sekolah TS25, iaitu Sekolah berkualiti dan kemenjadian murid. Sehubungan itu, guru-guru
perlu memiliki kefahaman yang jelas mengenai teknologi terkini untuk memantapkan lagi sesi pengajaran dan
pembelajaran (P&P) seterusnya dapat membantu melaksanakan sesuatu perancangan yang telah diaturkan oleh
kerajaan mahupun kementerian.
SMKPM perlu berazam untuk menjalankan tugas dan amanah ini dengan meletakkan kepentingan
murid sebagai asas utama. Justeru itu, persefahaman dan muafakat antara kita sangat diperlukan agar kita
sama-sama melahirkan murid yang cemerlang dari segi akademik, kokurikulum dah sahsiah. Di samping itu
pendidikan berteraskan nilai iaitu kegembiraan, kasih-sayang dan hormat menghormati perlulah dipupuk
dengan bersungguh-sungguh semasa kita melaksanakan amanah besar ini.
Marilah kita berdoa, semoga segala aspirasi dan inspirasi murni ini dapat direalisasikan dengan
adanya sifat-sifat kebertanggungjawaban, jujur, ikhlas, amanah dan sabar yang tertanam dalam sanubari setiap
warga sekolah. Insya-Allah, kejujuran dan keikhlasan akan menjadi tunjang kepada kita melaksanakan tugas
dalam suasana harmoni dan terus memacu kejayaan yang lebih hebat pada tahun 2022 ini walaupun dalam
keadaan norma baharu.
‘SMIDIN MENDAHULUI DAN KE HADAPAN’
HAJI KHAIRI BIN MOHD NOOR
Pengetua
SMK Padang Midin
Kuala Terengganu
4

