Page 195 - MODUL PIKeBM
P. 195

SOALAN DAN JAWAPAN
 BERKAITAN PELAKSANAAN PROGRAM INTERAKTIF KEMAHIRAN BAHASA MELAYU
 (PIKeBM)







 1   Adakah pihak sekolah perlu menyediakan takwim tahunan dalam penggunaan modul yang disediakan oleh pihak KPM?

    Tidak perlu. Takwim pelaksanaan modul PIKeBM hanya perlu disisipkan dalam takwim yang sedia ada.




 2   Adakah pihak KPM melatih Jurulatih Utama (JU) yang boleh dijadikan pakar rujuk di setiap daerah atau negeri dalam menjayakan
 PIKeBM?

    Ya, BKK bersama-sama IPGKBM telah melatih JU pada setiap daerah dan negeri.




 3   Apakah peranan guru dan pentadbir dalam menjayakan pelaksanaan PIKeBM?
     (i)   Guru perlu memainkan peranan dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) pelaksanaan PIKeBM.

     (ii)   Pentadbir perlu sentiasa mendorong dan memantau pelaksanaan PIKeBM.




 4   Adakah pelaksanaan PIKeBM melibatkan kos?

     Tidak melibatkan sebarang kos kerana menggunakan bahan sumber yang sedia ada di sekolah.




 5   Adakah modul PIKeBM ini sesuai digunakan dalam semua aktiviti Kokurikulum?
    Ya. Mengikut kreativiti guru.







                                                                                  97




 SM siap NEW.indd   97                                                       12/03/2019   5:46 PM
   190   191   192   193   194   195   196   197   198   199   200