Page 25 - MODUL PIKeBM
P. 25
1. PENGENALAN
emahiran mendengar dan bertutur merupakan kemahiran asas dalam pembelajaran Bahasa Melayu. Penguasaan tahap minimum
murid dalam menguasai kemahiran mendengar dan bertutur akan memberikan kesan terhadap penguasaan kemahiran Bahasa
KMelayu serta merencat usaha mereka mencapai Anjakan 2 dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM), iaitu
memastikan setiap murid profisien dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Sehubungan dengan itu, Gelombang 2 PPPM (2016 -
2020) memberikan tumpuan ke arah memacu peningkatan dan penambahbaikan sistem yang sedia ada, iaitu melaksanakan Program
Interaktif Kemahiran Melayu (PIKeBM) dalam aktiviti kokurikulum di sekolah. Program ini melibatkan murid Tahap 1 (Tahun 3), Tahap 2
(Tahun 4 hingga Tahun 6) pada peringkat sekolah rendah dan murid kelas Peralihan hingga Tingkatan 5 pada peringkat sekolah menengah
dalam aktiviti kokurikulum.
PIKeBM ini merupakan satu daripada Inisiatif Pengukuhan Pendidikan Bahasa Melayu melalui aktiviti kokurikulum bagi memastikan murid
menguasai kemahiran bahasa Melayu dengan baik.
Pelaksanaan PIKeBM ini selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), iaitu untuk melahirkan murid yang seimbang daripada
aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.
.
2. RASIONAL PELAKSANAAN PROGRAM INTERAKTIF KEMAHIRAN BAHASA MELAYU (PIKeBM) UNTUK
SEKOLAH RENDAH DAN SEKOLAH MENENGAH
2.1 Memartabatkan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan;
2.2 Merapatkan jurang kemahiran mendengar dan bertutur dalam bahasa Melayu antara murid di sekolah
kebangsaan dengan murid di sekolah jenis kebangsaan;
2.3 Membolehkan murid menguasai mata pelajaran Bahasa Melayu dengan baiknya dan mampu berkomunikasi
secara berkesan serta bertatasusila;
2.4 Melahirkan murid yang berilmu dan dapat mengaplikasikan kemahiran berbahasa secara bertatasusila
dalam kehidupan.
12
SM siap NEW.indd 12 12/03/2019 5:43 PM

