Page 34 - MODUL PIKeBM
P. 34

5.   PERANAN

    5.1   Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

       5.1.1   Membentuk jawatankuasa kerja pelaksanaan PIKeBM;
       5.1.2   Mengadakan mesyuarat penyelarasan PIKeBM peringkat kebangsaan;
       5.1.3   Penataran kepada Pegawai Bahasa Melayu dan Pegawai Kokurikulum di Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat
 Pendidikan Daerah;
       5.1.4   Bahagian Kokurikulum dan Kesenian (BKK), Kementerian Pendidikan Malaysia merancang penyediaan bahan
 sokongan PIKeBM;
       5.1.5   BKK menyediakan garis panduan pelaksanaan PIKeBM;
       5.1.6   Melaksanakan program rintis ke sekolah-sekolah semua kategori yang dipilih setiap negeri;
       5.1.7   Pemantauan, pelaporan dan penambahbaikan program rintis;
       5.1.8   Mengeluarkan surat siaran sebagai punca kuasa pelaksanaan sisipan wajib PIKeBM di sekolah dan
       5.1.9   Mengumpul dan melapor keberkesanan pelaksanaan PIKeBM.

    5.2   Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu (IPGKBM)

       5.2.1   Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu (IPGKBM) sebagai peneraju pembinaan Modul PIKeBM;
       5.2.2   Merancang prosedur kerja PIKeBM;
       5.2.3   IPGKBM bekerjasama dengan BKK KPM dalam pembinaan Modul PIKeBM;
       5.2.4   IPGKBM menjadi sumber rujukan terhadap pembangunan Modul PIKeBM;
       5.2.5   IPGKBM berperanan memberikan pendedahan pelaksanaan Modul PIKeBM kepada IPGK yang lain.


    5.3   Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)

       5.3.1   Membentuk jawatankuasa kerja pelaksanaan PIKeBM peringkat negeri;
       5.3.2  Melaksanakan penataran tentang Modul PIKeBM kepada pegawai Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan,
          Sektor Pengurusan Akademik, Pejabat Pendidikan Daerah, Pengetua dan Guru Besar;
       5.3.3  Memantau pelaksanaan PIKeBM seperti dalam panduan Modul PIKeBM;
       5.3.4  Membuat analisis data berkaitan pelaksanaan PIKeBM secara berkala;
       5.3.5  Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan dan Sektor Pengurusan Akademik berperanan untuk memastikan
          pelaksanaan kandungan Modul PIKeBM.









 16




 SM siap NEW.indd   16                                                       12/03/2019   5:43 PM
   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38   39