Page 13 - Manual Pengurusan SMKPM Tahun 2021
P. 13

Manual Pengurusan Sekolah 2021








                                                      SEJARAH SEKOLAH


                              Untuk memenuhi kehendak pendidikan negara, khususnya pendidikan di negeri Terengganu maka

                       pada  tahun  1961  sebuah  sekolah  telah  diwujudkan  oleh  Kementerian  Pelajaran  Malaysia  di  negeri  ini.

                       Sekolah  ini  diberi  nama  Sekolah  Menengah  Padang  Midin.  Sekolah  Menengah  Padang  Midin  adalah

                       merupakan  Sekolah  Menengah  Aliran  Melayu  yang  pertama  dibina  di  negeri  Terengganu.  Sekolah

                       Menengah Padang Midin memulakan sidang pengajaran dan pembelajaran pada tahun 1961, tetapi pada

                       tahun  ini  sekolah  ini  tidak  mempunyai  bangunan  sendiri.  Murid-muridnya  terpaksa  menumpang  di

                       bangunan Sekolah Menengah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu.  Keadaan ini tidak  berlanjutan kerana

                       pada  Oktober  1964  Sekolah  Menengah  Padang  Midin  mula  beroperasi  di  bangunannya  sendiri  di  atas

                       sebidang  tanah  seluas  7.106  hektar  (17.6  ekar).  Encik  Nordin  bin  Nasir  dipertanggungjawabkan  sebagai
                       Guru Besar pertama.

                              Bangunan yang dibina pada peringkat permulaan ini ialah dua buah bangunan dua tingkat, sebuah

                       pejabat,  dua  buah  makmal  dan  sebuah  dewan  sekolah.  Ketika  ini  Sekolah  Menengah  Padang  Midin

                       menampung pelajar-pelajar dari tingkatan satu hingga tingkatan lima.  Apabila berbicara tentang Sekolah

                       Menengah Padang Midin seharusnya tarikh 28 September 1965 tidak dapat dilupakan, kerana pada hari

                       tersebut  sekolah  ini  telah  dibuka  dengan  rasminya  oleh  Yang  Berhormat  Encik  Mohd  Khir  bin  Johari,

                       Menteri Pelajaran Malaysia.

                              Pada  tahun  1965  bagi  menampung  bilangan  pelajar  yang  semakin  bertambah  maka  dua  buah

                       bangunan  lagi  telah  dibina  dan  sebuah  Asrama  Lelaki  telah  dibuka.  Tahun  1968  menjadi  tahun  paling

                       bersejarah kerana pada tahun ini Tingkatan Enam Aliran Melayu yang pertama di negeri Terengganu telah

                       bermula  di  Sekolah  Menengah  Padang  Midin.  Pada  tahun  1971,  sebuah  Asrama  Perempuan  pula  telah

                       dibuka.

                              Bermula  pada  1  Januari  1998,  Sekolah  Menengah  Padang  Midin  dijenamakan  semula  sebagai
                       Sekolah  Menengah  Kebangsaan  Padang  Midin.  Kini,  setelah  49  tahun  beroperasi,  pelbagai  bangunan

                       tambahan  dan    binaan  baru  dibina  termasuk  taman-taman  dan  kolam-kolam  yang  menambahkan  lagi

                       keserian dan keceriaan SMK Padang Midin sebagai sebuah institusi pendidikan yang gemilang.  Pada tahun

                       2003, SMK Padang Midin telah dinobatkan  sebagai Johan Anugerah Kualiti Menteri Pendidikan.

                              Pada  tahun  2020,  Sekolah  Menengah  Kebangsaan  Padang  Midin  telah  terpilih  sebagai
                       Transformasi Sekolah 2025 Kohot 5.0.  Pemilihan ini telah meletakkan SMK Padang Midin lebih fokus ke
                       arah melahirkan modal insan unggul melalui persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan, penglibatan
                       pembelajaran murid yang aktif lagi bermakna, kepimpinan yang berkualiti serta berwawasan dan guru yang
                       kompeten dan beraspirasi tinggi serta komitmen komuniti yang padu.








                                                                                                         11
   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18