Page 114 - Buku Manual Pengurusan 20222023 smidin
P. 114

Manual Pengurusan Sekolah 2022/2023



                           memastikan buku-buku tersebut dibalut dan ditulis nama pelajar.
                     2     Mengemaskini fail SPBT dari semasa ke semasa
                     3.    Mengedarkan borang-borang permohonan mendapat biasiswa, bantuan pinjaman buku teks,
                           borang peperiksaan dsb.
                     4.    Mendapatkan kembali borang yang diedarkan kepada pelajar, memproses dan
                           menyempurnakan senarai nama mengikut keperluan jenis borang tersebut.
                     5.    Memulangkan buku teks pada tarikh yang ditetapkan dan menyenaraikan nama pelajar
                           yang tidak memulangkan buku teks pada akhir tahun dan memberikan senarai tersebut
                           kepada guru SPBT.
                     6.    Mengenal pasti pelajar yang layak menerima sebarang bentuk bantuan yang lain dan
                           melaporkan kepada guru kebajikan.

                     7.    Melaporkan kepada Guru Biasiswa sekiranya terdapat kemerosotan pelajaran di kalangan
                           pelajar yang mendapat biasiswa.


                     f)    Kutipan Sumbangan dan Derma

                     1.    Menerima buku resit daripada pejabat sekolah pada awal tahun dan mengembalikannya
                           selewat-lewatnya sebelum tahun persekolahan berakhir
                     2     Mengutip sumbangan PIBG.
                     4.    Mengeluarkan resit kepada pelajar bagi bayaran yang dibuat.
                     5.    Menyerahkan resit kepada pelajar bagi pembayaran yang dibuat.
                     6.    Guru tidak boleh menyimpan wang pelajar di tangan berjumlah RM50.00 ke atas.
                     7.    Menyerahkan wang kutipan derma PIBG kepada bendahari PIBG.


                     g)    Pendaftaran Murid Baru

                     1.    Mendaftar kemasukan pelajar baru ke dalam buku rekod kehadiran.
                     2.    Memastikan pelajar yang layak membawa borang SPBT dari sekolah terdahulu dan
                           memastikan pelajar tersebut mendapat pinjaman buku teks.
                     3.    Mengenal pasti pelajar itu menerima sebarang bentuk biasiswa dan melaporkan kepada Guru
                           Biasiswa.
                     4.    Menentukan rumah sukan dan mengambil butir-butir lain jika perlu















                                                                                                100
   109   110   111   112   113   114   115   116   117   118   119