Page 28 - Buku Manual Pengurusan 20222023 smidin
P. 28

Manual Pengurusan Sekolah 2022/2023




                                                         DOA  GURU



                                                         YA ALLAH !
                                            Jadikanlah  aku seorang ibu, bapa, guru yang baik.
                   Biarkan aku benar-benar memahami anak-anak didikku, mendengar dengan tenang dan sabar apa yang mereka hendak
                                 katakan kepadaku dan menjawab semua soalan mereka dengan jujur dan benar.

                   Lindungilah aku daripada mengganggu mereka atau membangkang sesuatu yang akan mengganggu pertumbuhan sihat
                                               rohani, jasmani, emosi dan mental mereka.
                                           Biarlah aku menjadi teladan beradab kepada mereka.

                    Jangan hendaknya aku mentertawakan kesilapan mereka, memalukan atau memperbodohkan mereka apabila mereka
                   berbuat sesuatu yang menyakiti hatiku. Jauhi aku dari menghukum mereka untuk memuaskan hawa nafsuku atau untuk
                       menunjukkan kekuasaanku. Jangan hendaknya aku tersilap ajar mereka sehingga mereka bercakap bohong.

                      Tunjukkan jalan padaku setiap saat hingga aku dapat membuktikan apa yang aku inginkan adalah kebajikan dan
                                       kejujuran hati yang mendorong dan membuahkan kegembiraan.

                                                        YA RAHMAN !
                                      Kurangkanlah kekejaman dalam diriku apabila aku berfikiran kusut.

                                                         YA TUHAN !
                                        Tolong berikan petunjuk kepadaku. Ingatkanlah aku sentiasa.
                                 Supaya aku tidak menghamburkan kata-kata yang tidak mendatangkan manfaat.
                    Ingatkanlah aku sentiasa bahawa anak didikku masih keanak anakan dan jauhkan diriku daripada menzalimi mereka.

                                                         YA RAHIM !
                   Jangan hendaknya aku merampas daripada mereka peluang untuk mereka menolong diri sendiri dan merampas peluang
                     mereka membuat keputusan sendiri. Berikanlah aku fikiran yang luas supaya aku dapat memberi kepada mereka
                  kemudahan yang berpatutan yang mereka minta daripadaku dan biarlah aku bertegas untuk menolak permohonan mereka
                                            jika permohonan itu membahayakan diri mereka.

                                                         YA RABBI !
                    Didiklah aku dan layakkanlah aku untuk mendapat hormat daripada anak-anak didikku dan jadikan aku teladan yang
                                                          diredhaiMu.

                                            Perkenankanlah Permohonanku Ini  YA ALLAH!































                                                                                                             23
   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33