Page 119 - Pendidikan Moral Tingkatan 4 KSSM_Neat
P. 119

A  Lihat gambar di bawah yang menunjukkan kanak-kanak Orang Asli suku kaum
                   Semai daripada rumpun bangsa Senoi di Malaysia sebagai salah sebuah
                   masyarakat yang mendiami negara ini sejak berabad dahulu. Kedudukan Orang
                   Asli terpelihara di bawah Akta Orang Asli 1 954 (Akta 134).


















                                                                                                             8
                                                           Foto: Jabatan Kemajuan Orang Asli
                              Kanak-kanak Orang Asli suku kaum Semai daripada rumpun bangsa Senoi
                                       di Pos Sinderut, Sungai Koyan, Kuala Lipis, Pahang.                  UNIT
                             CONTOH USAHA KERAJAAN YANG MENJAGA HAK ORANG ASLI
                                   BERDASARKAN AKTA ORANG ASLI 1954 (AKTA 134)
                   •  Seksyen 6(2)(iii): Dalam suatu kawasan Orang Asli tiada mana-mana tanah boleh diberi
                      milik, diberi, dipajak atau dilepaskan secara lain kepada orang-orang bukan Orang Asli
                      yang biasanya tinggal dalam kawasan Orang Asli atau kepada mana-mana pengusahaan
                      perdagangan tanpa berunding dengan Pesuruhjaya.
                   •  Seksyen 17(1): Tiada seseorang kanak-kanak Orang Asli boleh dihalang daripada belajar
                      di mana-mana sekolah semata-mata oleh sebab ianya seorang Orang Asli.
                   •  Seksyen 19(1)(a): Mewujudkan perkampungan Orang Asli dalam kawasan Orang Asli dan
                      rizab Orang Asli, jenisnya dan kawalan mengenainya.
                                                                               [Sumber: Akta Orang Asli 1954
               1.  Cari maklumat tentang hak Orang Asli. Sediakan maklumat
                                                                                              (Akta 134)]
                   tersebut dalam bentuk peta pemikiran yang bersesuaian.
               2.  Mengapakah hak Orang Asli perlu dipelihara? Jelaskan
                   pandangan anda.
               3.  Apakah perasaan anda apabila melihat hak Orang Asli
                   terus dipelihara? Huraikan.
                                                                           Pedalaman bermaksud
                                                                           daerah yang jauh dari
               B  Dengan menggunakan kaedah dialog awam (town              pantai yang terletak di ceruk
                   hall), bincangkan kesan sekiranya hak masyarakat        pelosok atau di hulu negeri.
                   pedalaman sebagai warganegara Malaysia diabaikan.
                   Cadangkan satu strategi untuk meningkatkan taraf                (Sumber: Kamus Dewan
                   hidup masyarakat tersebut.                                         Edisi Keempat, 2015)


                                                              7.1.1, 7.1.2, 7.1.3, 7.1.4, 7.1.5     111
   114   115   116   117   118   119   120   121   122   123   124