Page 180 - Pendidikan Moral Tingkatan 4 KSSM_Neat
P. 180
Tanggungjawab menjaga kedaulatan negara merupakan tanggungjawab bersama
antara pemimpin dengan rakyat. Setiap individu akan menikmati pelbagai kelebihan apabila
sama-sama berusaha melaksanakan tanggungjawab dalam mempertahankan kedaulatan
negara.
UNIT12 UNIT12
Kedaulatan negara memacu kemajuan negara.
Apabila setiap warganegara berjaya melaksanakan tanggungjawab mempertahankan
kedaulatan negara, perasaan cinta dan bangga sebagai rakyat negara berdaulat kian
bertambah. Negara luar juga akan berasa kagum dengan imej negara yang bersih. Maka,
rakyat dapat menunjukkan semangat kekitaan dalam menjayakan pelbagai program
pembangunan negara.
172

