Page 43 - Pendidikan Moral Tingkatan 4 KSSM_Neat
P. 43
Dilema moral berikut memerlukan pertimbangan wajar berdasarkan prinsip keadilan dan
prinsip keprihatinan.
Charles merupakan atlet yang sering mewakili sekolah ke peringkat negeri dan
kebangsaan. Minatnya terhadap bidang sukan amat mendalam. Namun begitu,
Charles mempunyai masalah disiplin, terutamanya berkaitan dengan kehadiran
hingga dihukum gantung persekolahan. Semasa temasya sukan antara sekolah
peringkat negeri sedang berlangsung, Charles membuat rayuan kepada pihak
sekolah dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatannya. Dia memohon
agar diberikan kebenaran untuk mengambil bahagian dalam acara larian.
Bagaimanakah pihak sekolah dapat membuat keputusan terhadap rayuan
Charles itu?
Proses pertimbangan moral dalam menyelesaikan dilema moral
Membenarkan Charles mewakili sekolah dalam bidang sukan atau terus
Konflik 3
menggantung persekolahannya.
UNIT
Prinsip keadilan: Murid bermasalah tidak boleh mewakili sekolah dalam
apa-apa aktiviti.
Pertimbangan Prinsip keprihatinan: Murid yang menunjukkan minat dan berbakat
moral dalam bidang sukan tidak patut dipinggirkan.
Dilema pihak pentadbiran: Murid bermasalah tetapi berpotensi
mengharumkan nama sekolah dalam bidang sukan.
Prinsip keadilan: Prinsip keprihatinan:
1. Setiap murid perlu mematuhi 1. Memberikan kebenaran secara
Pemilihan prinsip peraturan sekolah. bersyarat kepada Charles.
2. Boleh menjadi pengajaran 2. Charles telah berjanji untuk
kepada murid bermasalah. mengubah sikapnya.
1. Mendorong murid yang berbakat untuk menunjukkan kebolehannya.
Justifikasi 2. Memberikan peluang kepada murid yang telah sedar dengan
kesilapan yang pernah dilakukannya untuk meningkatkan
prestasi diri.
Anggota masyarakat akan berasa bangga dan bersyukur sekiranya prinsip keadilan dan
prinsip keprihatinan menjadi amalan dalam kehidupan. Sememangnya, prinsip keadilan dan
prinsip keprihatinan merupakan dua prinsip penting dalam menyelesaikan sesuatu isu atau
dilema bagi melindungi dan menjaga kebajikan anggota masyarakat.
35

